Ingin bercaravan tapi tak pasti samada ini adalah cara terbaik menikmati keindahan bumi New Zealand?
Kami berikan anda tips bercaravan di New Zealand.
1) Tips Memilih penerbangan sesuai ke New Zealand.
Buat masa ini, pakej yang ditawarkan adalah ke Pulau Selatan iaitu berpusat di Christchurch. Oleh kerana tiada penerbangan terus ke Christchurch (CHC) dari Malaysia, anda boleh memilih beberapa “routing” yang dicadangkan:
Jika tidak, seelok-eloknya tiba 1 hari awal dan berehat di Christchurch sebelum meneruskan perjalanan caravan pada esok pagi.
2) Membeli barang masakan dan runcit
Ada beberapa kedai runcit yang menjual barangan masakan kering dan basah seperti Spice Heaven dan Pak n Save.
Spice Heaven
Barangan yang dijual :
* Ayam, Daging, Kambing, Sosej, Nugget yang ada sijil pengesahan HALAL
* Sayur-sayuran
* Bawang, bawang putih, rempah ratus Asia
* Roti
* Jam, Planta, Butter, Susu
* 3in1 drink, instant noodle dan lain – lain
Pak n Save
Barangan yang dijual :
* Sama seperti Giant, Tesco, Mydin dan lain-lain hypermart
* Ayam jenama Brinks yang ada sijil pengesahan HALAL
* Sayur-sayuran
* Buah-buahan
* Bawang dan rempah ratus
* Roti,, Jam, Planta, Butter & Susu, Yogurt dan lain-lain
* Instant drink dan noodle berjenama Maggi (ada yang bertanda HALAL dari Malaysia) dan ada yang tidak. Sila baca sebelum membeli.
3) GPS & Tourism Radio
Semua pakej kami dilengkapi dengan peralatan GPS dan Tourism Radio yang membantu anda untuk sampai ke destinasi dan juga Tourism Radio dapat memberikan maklumat tentang kawasan atau spot menarik yang boleh dikunjungi sepanjang perjalanan.
4) Diesel
Tiada kadar tetap minyak diesel di New Zealand. Oleh itu, jangan terperanjat jika melihat jenama X menjual pada harga tinggi manakala jenama Y menjual pada harga rendah walaupun kedudukan station minyak ini brdekatan! Harga termurah diesel yang pernah kami lihat adalah NZD 1.49 per liter manakala yang tertinggi adalah NZD 1.55 per liter. Mungkin juga harga boleh naik atau turun mengikut musim dan harga semasa diesel!
5) Insuran Perjalanan
Ahmad Caravan amat mementingkan keselamatan anda, kami mencadangkan anda untuk mengambil insuran perjalanan bagi melindungi anda dan keluarga dari sebarang bencana yang tidak dapat diramal. Pilihan insuran bergantung kepada bajet dan apa yang dilindungi.
6) Holiday Parks & Camping Sites
Mana nak parking caravan anda? Jika anda seorang yang memang suka bercamping dengan kemudahan asas seperti tandas sahaja, anda boleh park di free camping sites yang disediakan percuma. Nanum, jika anda inginkan keselesaan, kami cadangkan pilihlah Holiday Parks yang menawarkan pelbagai kemudahan seperti tandas, shower, dapur, dobi, taman permainan kanak-kanak, bilik tv dan wifi percuma. Hubungi kami untuk maklumat lanjut!