New Zealand kali ini mensyaratkan penduduk beberapa negara (Termasuklah Malaysia, Brunei dan Singapore) dimana kesemua mereka WAJIB memohon NZeTA ( New Zealand Electronic Travel Authority) dan membayar caj IVL ( International Visitor Conservation and Tourism Levy) sebelum memasuki New Zealand.
.
Jangan risau, admin akan share few info yang korang kena take note and ambil tahu berkenaan NZeTA ni
NZeTA ni hanya akan berkuatkuasa kepada mereka yang travel ke NZ bermula pada tarikh 1hb Oktober dan seterusnya sahaja
Sistem aplikasi permohonanan dijangkakan bermula pada pertengahan Julai 2019 ini
Malaysia, Singapore dan Brunei antara negara yang WAJIB apply NzeTA sebelum melancong ke NZ
Permohonan mestilah in-advanced sekurang kurangnya seminggu atau sebulan sebelum korang nak travel , sebab tempoh yang diambil oleh mereka untuk approve ETA adalah dalam tempoh 72 jam
Pelancong tidak akan akan DIBENARKAN untuk terbang ke NZ kalau tak ada NZeTA ni, so jangan main-main tau. Awal2 time nak check-in tu dah kena ‘kick’ kalau tak ada.hehe
Ada 2 cara sahaja setakat ni kalau nak MOHON , satu adalah melalui ‘mobile apps’ dan kedua adalah borang permohonan melalui website NZ Immigration
Harga NZeTA anggaran adalah 9NZD bagi yang mohon melalui mobile apps dan 12NZD melalui website.Tapi, tidak lupa kepada IVL yang akan dicaj bersama2 dengan NZeTA sebanyak 35NZD
Paling best NZeTA ni valid selama 2 tahun, jadi boleh la travel ke sana banyak kali dalam masa 2 tahun tu. Tak gitu? hehe.
Kenapa tiba2 NZ wujudkan NZeTA ni?
Salah satunya adalah untuk menaik taraf sistem kemasukan pelancong sebelum mereka tiba di NZ dan membantu mengurangkan masa document check dekat border clearance tu. of coz selain itu membantu untuk menguatkan lagi keselamatan sempadan NZ.
Dan apa pulak IVL ni?
Tourism levy atau lebih kurang macam tourism tax. Melalui IVL ni secara tak lansung kita sebagai pelancong, menyumbang terus kepada kemudahan, pembangunan, alam sekitar yang kita nikmati sepanjang berada di NZ.
.
More info follow instagram.com/ahmadcaravan