Ketahui maklumat lanjut berkenaan Holiday Park

Panduan ini ditulis bagi memudahkan anda memahami apakah yang dimaksudkan dengan Holiday Park

Apakah perbezaan Campsite dan Holiday Park?

Meskipun Campsite dan Holiday Park mungkin nampak sama di New Zealand, anda pasti tertanya-tanya apakah destinasi atau jenis penginapan terbaik yang anda ingin pilih di seluruh negara tersebut. Di kedua dua tapak, anda dibenarkan mendirikan khemah dan beriadah namun terdapat perbezaan dari segi Fasiliti yang terdapat di Holiday park. Campsite pula tidak mempunyai kemudahan yang baik untuk anda.

Kenapa perlu anda menyewa Campsite atau Holiday Park?

Di New Zealand, sekiranya anda memilih untuk berhenti di mana – mana meskipun kenderaan anda mempunyai keperluan Self – Contained (seperti dapur dan bilik mandi) anda tetap tidak dibenarkan berhenti dan bermalam sesuka hati.

Tindakan ini akan membuatkan anda diberikan saman oleh pihak berkuasa!

Kemudahan di Campsite

Terdapat pelbagai pengusaha Campsite di New Zealand yang diurustadbir secara persendirian dan milik kerajaan di bawah seliaan Bahagian Konservasi New Zealand. Kemudahan yang terdapat di campsite adalah sangat terhad kebiasannya dan tidak sehebat dengan apa yang disediakan di Holiday Park.

Kemudahan Campsite di kebanyakan tempat:

  • Pit atau tandas kompos
  • Sumber air dari paip, sungai atau tasik
  • Air mandian mungkin sejuk (tanpa air panas)

Campsite yang dijaga baik pula?

  • Pit atau tandas sebenar
  • Pancuran Air panas
  • Air Minuman
  • Tempat menyediakan masakan
  • Kutipan sampah terselia
  • Mungkin mempunyai kerusi piknik mungkin tidak
  • Mungkin mempunyai tempat memasak
  • Mungkin mempunyai ruang BBQ

Kemudahan di Holiday Park berbanding Campsite

Holiday Park boleh diertikan sebagai pilihan lokasi menginap dan bermalam yang lebih mewah. Mereka mempunyai fasiliti-fasiliti lebih baik dan pilihan penginapan selain Motorhome / Caravan sekiranya anda ingin menginap di dalam bangunan seperti Motel / Hostel / Hotel.

Terdapat juga sumber bekalan elektrik disediakan di setiap tapak parkir. Maka lebih mudah untuk anda menggunakan kesemua alatan elektronik seperti ketuhar dan peti sejuk di dalam Karavan anda tanpa perlu menggunakan kuasa bateri karavan yang terhad.

Kemudahan di Holiday Park

Kebanyakan fasiliti bersifat komunal di Holiday Park termasuklah:

  • Dapur Umum – Dapurnya bersaiz lebih besar dengan tempat masakan lebih sempurna, mesin air panas untuk masakan, air sejuk dan panas beserta sinki. Sesetengah Holiday Park turut mempunyai Ketuhar Mikro, cerek elektrik, pembakar roti, oven, peti sejuk dan ruang makan selesa.
  • Tandas komunal dan Pancuran Mandian – Ia dipisahkan kepada kategori lelaki dan wanita dengan mandian sejuk dan panas beserta sinki. Sesetengah Holiday Park menggunapakai token bagi penggunaan air mandian bagi tujuan penjimatan tenaga.
  • Bilik Dobi – Disertakan bersama mesin basuh menggunakan syiling dan mesen pengering.
  • Dump station – Untuk membuang bahan kotoran/kumbahan Karavan
  • Fasiliti mesra Orang Kurang Upaya tersedia
  • WiFi
  • Kolam Renang atau kolam air panas
  • Sauna
  • Kafe atau Restoran
  • Gymnasium
  • Tempat barbeque

Manakah pilihan terbaik?

Sekiranya anda seorang budget traveler dan sukakan cabaran, campsite mungkin bersesuain dengan anda. Namun sekiranya anda mempunyai bajet yang baik dan inginkan lebih keselesaan, Holiday Park amatlah bermanfaat lebih-lebih lagi selepas memandu sepanjang hari beratus kilometer jauhnya, pastinya anda hanya ingin fokus untuk berehat dan mengunakan fasiliti terbaik.

Mujur Ahmad Karavan merupakan Wholeseller partner kepada operator Holiday Park di sana, setiap pakej yang ditawarkan sepenuhnya akan berhenti dan bermalam di Holiday Park. Harga pakej yang ditawarkan sudah termasuk yuran Holiday Park dan lebih kompetitif berbanding anda membayar sendiri atau menempah secara terus di laman web mereka. Dengan Ahmad Caravan, it’s always Worry Free Travel!

Book Now