Clay Wash Kit

Ketahui cara penggunaan Clay Wash Kit Ahmad Caravan

Clay Wash Kit kami ini datang dalam botol kecil mudah di bawa dan diluluskan Imigresen negara yang dilawati. Clay Wash Kit kami ini turut mendapat pengiktirafan oleh Panel Kajian Syariah Malaysia (2006).

Cara menggunakan Ahmad Caravan Clay Wash Kit :

  1. Basuh peralatan memasak yang ingin di samak dengan Satu (1) kali air bercampur tanah (clay wash kit) dan ratakan di semua bahagian peralatan itu.
  2. Bilas dengan enam (6) kali air mutlak.

Ini selaras dengan sabda Nabi SAW :

Maksudnya : Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW telah bersabda “Bersihkanlah bekas makanan kamu yang telah dijilat anjing dengan tujuh (7) kali basuhan dan yang pertama daripadanya dengan tanah”.

(Hadith Riwayat Muslim)

Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan dan kesucian dalam dua aspek iaitu fizikal dan spiritual. Aspek kebersihan fizikal merangkumi kebersihan diri, tempat, pakaian, peralatan, dan sebagainya. Ini penting bagi memastikan semua amal ibadat yang dilakukan oleh umat Islam adalah selaras dengan tuntutan syarak.

Oleh itu, setiap orang Islam bertanggungjawab mempelajari dan mengamalkan konsep kebersihan dan kesucian dalam kehidupan mereka.

Book Now