Caravan Convoy 101

Pertama kali memandu karavan dan berkonvoi?
Usah risau, ketahui maklumat lanjut berkenaan program Konvoi Karavan yang kami tawarkan.
Beberapa informasi penting berkenaan pakej ini ada dijawab menerusi soalan-soalan di bawah.

Apakah yang dimaksudkan dengan Konvoi Karavan?

Konvoi Karavan ialah pakej unik yang dibawakan istimewa oleh Ahmad Caravan dimana pelepasan dilakukan pada setiap musim sepanjang tahun.

Adakah saya akan memandu sendiri Karavan saya?

Ya, setiap kumpulan akan diberikan varian karavan mengikut jumlah peserta yang disertai kumpulan mereka. Anda akan memandu sendiri karavan disepanjang trip Konvoi karavan ini.

Berapakah jumlah maksimum bagi setiap karavan?

Terdapat 3 jenis karavan yang ditawarkan untuk 2Pax, 3-4 pax dan 5-6 Pax. Sekiranya anda mempunyai lebih dari 6 orang dalam satu kumpulan, anda akan dipecahkan kepada 2 karavan berbeza mengikut keperluan anda.

Perlukah memohon Lesen Antarabangsa?

Tidak perlu! Sekiranya anda mempunya lese memandu kereta yang dikeluarkan oleh Malaysia, Singapura dan Brunei, anda tidak perlu memohon lesen memandu antarabangsa untuk memandu karavan ini.

Adakah pakej ini mempunyai aturcara?

Ya, pakej Konvoi Karavan ini telah direka dan disusun rapi oleh pakar kami. Syarikat kami diiktiraf 100% New Zealand Specialist dan telah melakukan program ini bertahun lamanya.

Adakah kami akan dibimbing Crew dari Ahmad Caravan?

Ya, bagi memastikan kelancaran perjalanan program. Seorang krew berpengalaman dari Malaysia akan dihantar bagi setiap perlepasan. kami turut menyediakan Transfer Service dari Airport ke Depot Karavan dan 1 malam penginapan di hotel!

Bagaimana dengan aktiviti sukan lasak?

Ya, anda dibenarkan melakukan aktiviti tambahan di setiap hentian konvoi. Dan sekiranya aktiviti tersebut tidak termasuk di dalam harga pakej, anda boleh meluangkan masa untuk mencuba aktiviti-aktiviti tersebut. Tempah lebih awal aktiviti tambahan ini dari kami untuk harga yang lebih murah.

Adakah peserta perlu memasak makanan sendiri?

Ya, peserta akan memasak sendiri makanan mereka disepanjang konvoi. Setiap Karavan mempunyai fasiliti memasak yang sungguh memudahkan anda untuk memasak dan beristirehat.

Adakah pakej ini termasuk Holiday Park?

Ya, menariknya, pakej ini akan berhenti di setiap Holiday Park yang dikhaskan untuk parkir dan menginap. Terdapat pelbagai kemudahan disediakan di Holiday Park termasuklah Laundry, Tandas dan ruang masakan serta beriadah yang sungguh bersih dan teratur.

Adakah Insurans termasuk di dalam harga pakej?

Sememangnya ya. Ahmad Caravan ingin memberikan pakej Worry Free Travel di mana anda akan dilindungi dari sebarang masalah luar jangka atau musibah yang mungkin berlaku di sana.

Saya takut berkonvoi kerana pengalaman pertama saya

Usah gusar kerana setiap peserta dan kumpulan akan diberikan briefing yang jelas sebelum tarikh berangkat. Anda juga akan dibekalkan Walkie Talkie serta set GPS disepanjang perjalanan bagi memudahkan komunikasi dan hubungan sekiranya anda terlepas di belakang 🙂

Adakah saya perlu bawa peralatan memasak?

Tidak perlu! Anda hanya perlu pandai memasak sahaja. Peralatan dalam Caravan seperti kettle, microwave, heater, aircond, tuala dan sebagainya telah disediakan. Terdapat juga persinggahan ke pasaraya bagi membeli barangan masakan ketika di sana.

Siapakah Ahmad Caravan?

Ahmad Caravan ialah anak syarikat kepada World Travel Ambassador yang telah sedekad beroperasi dan diperlesenkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia untuk mengendali pakej pelancongan di dalam dan luar negara. Kami turut berdaftar sebagai ahli MATTA dan mempunyai track record yang baik dalam kalangan pelanggan terdahulu.

Mengapa perlu tempah menerusi Ahmad Caravan?

Sebagai Whole Seller partner dari operator di Australia dan New Zealand, kami mampu menawarkan harga yang lebih rendah dan kompetitif untuk sewaan karavan dan aktiviti anda di sana. Kami juga tidak mempraktikkan kos tersembunyi dan kos-kos tambahan seperti ejen-ejen lain.

Kenapa Ahmad Caravan pilihan Terbaik?

Ramai yang tidak tahu kelebihan menempah Karavan atau mengikuti pakej Convoy Caravan bersama kami berbanding menempah secara langsung di laman web operator di New Zealand atau Australia.

Harga Ekonomi & Kompetitif
Termasuk perlindungan insurans Karavan untuk 5 hari

 

Buku Panduan Muslim
Untuk memudahkan urusan seharian anda di sana termasuk lokasi barangan halal

Program Tersusun & Fleksibel
Aturcara disusun rapi oleh Tour Guide yang berpengalaman luas

Holiday Park 3 Bintang
Lengkap dengan pelbagai kemudahan tambahan yang memudahkan

Tiada Kos Tersembunyi
Penjimatan bayaran deposit liabiliti sebanyak RM7500!

Percuma Travel Kit
Walkie Talkie & Kit melancong turut tersedia bagi memudahkan urusan anda

PERCUMA KIT SERTU

Setiap pelanggan Ahmad karavan akan menerima sebotol Clay Wash Kit untuk tujuan sertu (Sergent) bagi menyucikan peralatan memasak.

Semburan ini diluluskan oleh Panel Kajian Syariah Malaysia (2006) dan mudah digunakan serta lulus tapisan imigresen.

Senarai Perlepasan Konvoi Karavan

Anda masih sempat mengikuti Caravan Convoy pada hujung tahun ini!

Galeri Foto Pelepasan Terdahulu

Masih belum jelas atau kurang yakin dengan maklumat dinyatakan di atas?
Lihat sendiri paparan gambar konvoi karavan terdahulu yang kami sediakan di bawah untuk panduan tambahan anda.

Punyai kemusykilan lain yang ingin ditanya?

Klik pada butang di bawah untuk membaca lebih lanjut berkenaan Caravan Vonvoy FAQs yang disediakan

Book Now