Soalan Paling Kerap Ditanya tentang Konvoi Caravan
Bagi memudahkan semua pelanggan memahami lebih lanjut berkenaan program konvoi karavan ini, kami telah sediakan beberapa soalan dan jawapan yang paling kerap ditanya oleh pelanggan. Jadi, usahlah meneka-neka lagi.
Bagaimanakah ingin memandu di New Zealand?
Disebabkan pakej ini anda akan memandu sendiri Karavan ke destinasi-destinasi dirancang, video ini adalah panduan terbaik untuk tontonan anda.
Lesen memandu Karavan hanyalah lesen kompeten kategori D. Jadi lesen memandu Malaysia adalah sah dan anda tidak perlu memohon International Driving License
Pemanduan di New Zealand ialah di lorong sebelah kiri. Pemandu di kerusi sebelah kanan. Sama seperti di Malaysia, Brunei dan Singapura :).
Undang-undang New Zealand amatlah ketat. Jadi pastikan anda mengikuti had laju pemanduan yang dibenarkan. 90km/j di lebuhraya dan 50 km/j di bandar.
Ketingian Karavan ialah lebih kurang 3.2 meter. Jadi anda jangan pandai-pandai memandu masuk ke ruang parkir bertingkat atau memasuki mana-mana lorong sempit ya.
Setiap karavan mempunyai ruang simpanan tersedia. Hanya pastikan ianya disusun dan ditutup dengan kemas. Lebih-lebih lagi barangan cecair dan kaca mestilah dijaga dengan baik.
Ya, semua penumpang diwajibkan memakai tali pinggang kaledar. Kanak-kanak juga akan diberikan child seat untuk lebih keselamatan.
Boleh tapi adalah tidak digalakkan, kerana banyak haiwan liar mungkin muncul tanpa di duga.
Ya, memandu di musim sejuk adalah selamat asalkan anda memandu dengan penuh berhati-hati dan menggunakan Snow Chain.
Tidak boleh. Anda mestilah mengikuti isyarat papan tanda dan parkir Karavan di tempat dibenarkan dan mengikut zon masa yang ditetapkan. Nanti kena bayar saman!
Ya, anda mungkin dihukum dengan sangat berat. Utamakan pejalan kaki dan ikutilah isyarat dan undang-undang jalanraya yang telah anda pelajari 🙂 Worry Free!
Apakah barang yang boleh di bawa ke New Zealand?
Sebagai antara negara paling tegas dalam pelaksanaan undang-undang, New Zealand mempunyai beberapa syarat yang anda perlu ikuti. Lebih-lebih lagi barang yang dibawa ke sana. Tonton video ini.
Barang Tenusu Susu, Keju, Roti atau Biskut yang mengandungi susu boleh di bawa tapi anda mestilah Declare atau bermaksud menyatakan dengan jelas di borang kastam sebelum ketibaan. Barangan anda mungkin dirampas.
Susu formula hanya dibenarkan dibawa oleh pelancong yang mempunyai anak kecil. Orang bujang janganlah cuba-cuba pula ya.
Hanya susu yang tidak boleh didapati dengan mudah di New Zealand sahaja yang dibenarkan, namun anda masih perlu Declare barangan tersebut dengan jelas.
New Zealand sebenarnya mempunyai banyak rangkaian pasaraya yang menawarkan produk segar dan halal. Buat apa bawa makanan dalam tin jika anda boleh dapatkan yang lebih segar di sana 🙂 Namun anda masih boleh membawanya asalkan anda Declare barangan tersebut seperti rempah segera, mee segera dan makanan tin.
Tidak dibenarkan sama sekali kerana New Zealand sangat menitikberatkan penjagaan ekosistem mereka dari ancaman penyakit bawaan tumbuhan lain.
Kedua produk ini juga tidak dibenarkan.
Anda tidak dibenarkan masuk ke negara tersebut dengan kasut yang tercemar dengan tanah. Pastikan kasut dan selipar anda bersih sebelum ke New Zealand.
Ya, anda dibenarkan membawa ubatan dan disarankan membawa ubatan yang mencukupi dan disimpan di Hand Carry luggage yang dibawa bersama ke ruangan kabin penumpang. Dengan syarat, anda juga perlu Declare dan membawa preskripsi oleh doktor sekiranya ditanya.
Sekiranya anda melanggar syarat di atas, barangan tersebut akan dirampas dan anda mungkin dikenakan denda. Harap jelas ya.
Soalan lain
Masih perlukan beberapa penjelasan tambahan? Sila ajukan soalan anda di ruangan di bawah. Kami akan membantu anda menjawab persoalan tersebut dan menambah ke panduan pemanduan Karavan untuk rujukan pelanggan yang lain.
Adakah anda rasa maklumat ini bermanfaat?
Jika ya kepada soalan di atas, kongsikan maklumat ini kepada rakan dan ahli keluarga anda bagi memastikan semua proses kemasukan anda ke sana adalah lebih mudah dan pantas.