Soalan Paling Kerap Ditanya tentang Konvoi Kereta

Bagi memudahkan semua pelanggan memahami lebih lanjut berkenaan program konvoi kereta ini, kami telah sediakan beberapa soalan dan jawapan yang paling kerap ditanya oleh pelanggan. Jadi, usahlah meneka-neka lagi.

Bagaimanakah ingin memandu di New Zealand?

Disebabkan pakej ini anda akan memandu sendiri kereta ke destinasi-destinasi dirancang, video ini adalah panduan terbaik untuk tontonan anda.

1. Lesen apa yang diperlukan?

Lesen memandu diperlukan hanyalah lesen kompeten kategori D. Jadi lesen memandu Malaysia adalah sah dan anda tidak perlu memohon International Driving License

2. Di sebelah manakah pemanduan di New Zealand?

Pemanduan di New Zealand ialah di sebelah kiri. Sapa seperti di Malaysia, Brunei dan Singapura.

3. Apakah had laju di New Zealand?

Undang-undang New Zealand amatlah ketat. Jadi pastikan anda mengikuti had laju pemanduan yang dibenarkan. 90km/j di lebuhraya dan 50 km/j di bandar.

4. Dimanakah saya akan tidur?

Semua pelanggan konvoi berkereta akan diberikan penginapan di hotel atau motel seperti dirancang. Kemudahan lain untuk memasak ada disediakan di kebanyakan Holiday Park yang dilalui.

5. Adakah penumpang perlu memakai tali pinggang keledar?

Ya, semua penumpang diwajibkan memakai tali pinggang kaledar. Kanak-kanak juga akan diberikan child seat untuk lebih keselamatan.

6. Bolehkah saya memandu di waktu malam?

Boleh tapi adalah tidak digalakkan, kerana banyak haiwan liar mungkin muncul tanpa di duga.

7. Adakah selamat memandu ketika musim sejuk?

Ya, memandu di musim sejuk adalah selamat asalkan anda memandu dengan penuh berhati-hati dan menggunakan Snow Chain.

8. Bolehkah saya parking di mana-mana sahaja?

Tidak boleh. Anda mestilah mengikuti isyarat papan tanda dan parkir keretadi tempat dibenarkan dan mengikut zon masa yang ditetapkan. Nanti kena bayar saman!

9. Blehkah saya membawa penumpang berlebihan?

Tidak boleh, setiap kenderaan mempunyai jumlah penumpang maksima yang ditetapkan. Sekiranya anda mempunyai ramai peserta, anda akan diberikan kereta berlainan dan akan diatur oleh pakar operasi kami.

10. Adakah saya akan dihukum atas kesalahan lalu lintas?

Ya, anda mungkin dihukum dengan sangat berat. Utamakan pejalan kaki dan ikutilah isyarat dan undang-undang jalanraya yang telah anda pelajari 🙂 Worry Free!

Apakah barang yang boleh di bawa ke New Zealand?

Sebagai antara negara paling tegas dalam pelaksanaan undang-undang, New Zealand mempunyai beberapa syarat yang anda perlu ikuti. Lebih-lebih lagi barang yang dibawa ke sana. Tonton video ini.

1. Apakah barang yang tidak boleh dibawa ke NZ?

Barang Tenusu Susu, Keju, Roti atau Biskut yang mengandungi susu boleh di bawa tapi anda mestilah Declare atau bermaksud menyatakan dengan jelas di borang kastam sebelum ketibaan. Barangan anda mungkin dirampas.

Susu formula hanya dibenarkan dibawa oleh pelancong yang mempunyai anak kecil. Orang bujang janganlah cuba-cuba pula ya.

2. Bagaimana dengan susu formula khas?

Hanya susu yang tidak boleh didapati dengan mudah di New Zealand sahaja yang dibenarkan, namun anda masih perlu Declare barangan tersebut dengan jelas.

3. Bolehkah saya bawa barang masakan basah atau kering?

New Zealand sebenarnya mempunyai banyak rangkaian pasaraya yang menawarkan produk segar dan halal. Buat apa bawa makanan dalam tin jika anda boleh dapatkan yang lebih segar di sana 🙂 Namun anda masih boleh membawanya asalkan anda Declare barangan tersebut seperti rempah segera, mee segera dan makanan tin.

4. Adakah buah-buahan dan sayuran dibenarkan?

Tidak dibenarkan sama sekali kerana New Zealand sangat menitikberatkan penjagaan ekosistem mereka dari ancaman penyakit bawaan tumbuhan lain.

5. Bagaimana madu dan telur?

Kedua produk ini juga tidak dibenarkan.

6. Bolehkah saya memakai kasut yang kotor?

Anda tidak dibenarkan masuk ke negara tersebut dengan kasut yang tercemar dengan tanah. Pastikan kasut dan selipar anda bersih sebelum ke New Zealand.

7. Adakah ubat-ubatan dibenarkan?

Ya, anda dibenarkan membawa ubatan dan disarankan membawa ubatan yang mencukupi dan disimpan di Hand Carry luggage yang dibawa bersama ke ruangan kabin penumpang. Dengan syarat, anda juga perlu Declare dan membawa preskripsi oleh doktor sekiranya ditanya.

8. Apakah tindakan yang akan dikenakan ke atas saya?

Sekiranya anda melanggar syarat di atas, barangan tersebut akan dirampas dan anda mungkin dikenakan denda. Harap jelas ya.

Soalan lain

Masih perlukan beberapa penjelasan tambahan? Sila ajukan soalan anda di ruangan di bawah. Kami akan membantu anda menjawab persoalan tersebut dan menambah ke panduan pemanduan Karavan untuk rujukan pelanggan yang lain.

Adakah anda rasa maklumat ini bermanfaat?

Jika ya kepada soalan di atas, kongsikan maklumat ini kepada rakan dan ahli keluarga anda bagi memastikan semua proses kemasukan anda ke sana adalah lebih mudah dan pantas.

Book Now