Kenali Ahmad Caravan

Pertama kali mendengar jenama Ahmad Caravan? Atau sudah lama mendengarnya tapi belum berkesempatan ingin melancong?

Ahmad Caravan adalah produk di bawah agensi World Travel Ambassador Sdn Bhd (877980-T / KPL/LN : 6138 ) iaitu agensi pelancongan berlesen dibawah Kementerian Pelancongan Malaysia. Ahmad Caravan menguruskan percutian Caravan di New Zealand dan Australia dan kami telah diiktiraf 100% Pure New Zealand Gold Specialist & Australia Specialist sejak 2015 dan telah memulakan operasi kami hampir sedekad lamanya.

Ahmad Caravan sangat berbangga menjadi wholesaler terbaik bagi pasaran Malaysia, Singapore & Brunei oleh THL yang merupakan syarikat sewa motorhomes terbesar di New Zealand & Australia. Oleh itu, kami menawarkan harga lebih murah dari tempahan terus di talian jenama-jenama sewa motorhomes di negara-negara terbabit seperti Britz, Maui, Jucy dan Apollo.

Kami juga ejen  Top 10 & holiday park persendirian yang menguruskan tempahan holiday parks disini. Gabungan bersama rakan kongsi kami di New Zealand & Australia ini memastikan setiap percutian caravan anda lebih teratur, menjimatkan, selamat serta memberikan kepuasan dan pengalaman terindah.

Kenapa Karavan dipilih kami?

Caravan atau Motorhomes adalah trend pelancongan dan gaya hidup minimalist terkini dan mula mendapat perhatian dalam kalangan pelancong dan penduduk Malaysia. Dengan bercuti menggunakan karavan, sang kelana dapat mencuba pengalaman eksplorasi ke destinasi utama dunia seperti New Zealand, Australia dan Eropah pada lensa berbeza.

Sebagai perintis agensi pelancongan yang menguruskan percutian Caravan bagi keluarga muslim, World Travel Ambassador Sdn Bhd berbangga menjadi agensi pelancongan terpilih oleh Tourism Holding Limited, syarikat sewa kenderaan terbesar di New Zealand untuk pasaran Malaysia.

Kami juga ejen terbaik Wheelaway yang menguruskan tempahan holiday parks disini. Gabungan bersama rakan kongsi kami di New Zealand ini memastikan setiap percutian caravan anda lebih teratur, menjimatkan, selamat serta memberikan kepuasan dan pengalaman terindah.

Nak pengalaman bercuti yang unik, fleksibel dan yang terindah bersama keluarga & rakan anda? Tiada yang lain melainkan merasai pengalaman berkaravan bersama kami.

Reputasi terbaik dan dipercayai

Kami menambah nilai di setiap sewaan dan pakej percutian Karavan anda dan dipercayai ramai pelanggan dari pelbagai latar belakang termasuklah individu berprofil tinggi, selebriti popular dan juga warga Brunei dan Singapura

Harga Kompetitif
Kami menawarkan sewaan bagi pelbagai jenis caravan mengikut bajet dan keperluan saiz kumpulan anda seperti Britz, Maui, Mighty, KEA dan Alpha. Setiap sewaan turut dicadangkan perlindungan liabiliti terbaik yang sungguh menjimatkan sehingga RM7500! Kelebihan ini hanya diperoleh jika anda menempah menerusi kami berbanding menempah secara terus di platform mereka.

Panduan Muslim dan Pelancong
Melancong ke destinasi baru sememangnya memenatkan sekiranya anda perlu membuat pelbagai kajian destinasi dan lokasi-lokasi untuk mendapatkan kemudahan. Atas sebab itu, Ahmad caravan turut menyediakan panduan Muslim dan senarai informasi pelancongan terbaik bagi setiap pelanggan. Menariknya Clay Wash Kit turut diberikan percuma untuk tujuan penyucian.

Proses Teratur & Selamat
Masa bercuti belalu pantas dan mestilah dihayati sepenuhnya dengan pengalaman terbaik. Kami yang berpengalaman luas berkenaan situasi dan laluan terbaik sepanjang tahun bagi destinasi Australia dan New Zealand kerap memberikan penekanan utama iaitu kepuasan dan Worry Free Travel kepada pelanggan kami kerana kami juga suka melancong seperti anda.

Book Now